Pages

Ulasan Nasyid - Album Pelita Hidup V (Panggilan Baitullah) Oleh Hijjaz


Tajuk: Pelita Hidup V (Panggilan Baitullah)
Artis: Hijjaz
Tahun: 2007 

Cover Album: 

Cover album ini sangat menarik & meriah dengan gambar2 ahli kumpulan Hijjaz sama ada di hadapan & belakang, juga menampilkan gambar Ustaz Mohamad Uda Kasim & Allahyarhamah Hjh Nur Asiah Djamil di situ. Album ini lagu2nya berkonsepkan sejarah berkenaan dengan haji & kisah2nya sangat menarik, lagu2 dalam album ini kesemuanya lagu2 lama yang pernah di popularkan oleh kumpulan El-Suraya, Nada Murni serta banyak lagi & di nyanyikan semula oleh kumpulan Hijjaz. Ucapan penghargaan, susunan lirik lagu yang sangat rapi & di sebalik tabir ada bersama. Manakala track untuk cerita sejarah2 haji telah di sampaikan oleh Ustaz Mohamad Uda Kasim . Track tawaf 1 hingga 3 juga di selitkan dalam album ini. 

Ulasan: 

Panggilan Haji
Lagu/Lirik: Hjh Nur Asiah Djamil

Lagu ini seringkali kita semua pernah nyanyikan ketika musim haji tiba, banyak kumpulan nasyid telah menyanyikan lagu ini termasuklah kumpulan Hijjaz sendiri & artis terawal yang menyanyikan lagu ini iaitu dati kumpulan El-Suraya, tajuk asal Panggilan Kaabah. Ia berkenaan dengan musim haji yang telah tiba apabila masuk sahaja bulan Zulhijjah, ktidak dapat di gambarkan betapa indahnya bila berada di tanah suci Mekah. Dari segi penyampaian sangat mantap & dapat di hayati dengan sebaiknya. Lagu ini terdapat di track pertama & track terakhir, untuk track yang terakhir mereka bergandingan dengan Allahyarhamah Hjh Nur Asiah Djamil. 

Sejarah Pengorbanan
Lagu/Lirik: Asri Ibrahim

Sebuah lagu lama yang pernah di nyanyikan oleh kumpulan Nada Murni suatu ketika dulu & kini ia di nyanyikan semula oleh kumpulan Hijjaz. Lagu ini mengingatkan kita semua tentang sejarah pengorbanan yang di lakukan oleh Nabi Ibrahim, Siti Hajar & anaknya Nabi Ismail. Segala pengorbanan mereka ini sangat hebat, antaranya nabi Ismail haus akan tetapi tiada air di situ, lantas Siti Hajar segera berlari dari sofa ke Marwah untuk mencari air untuk anaknya, akhirnya dari hentakan kaki Nabi Ismail maka keluarlah air yang di panggil air zamzam & kekal hingga ke hari ini. Dari segi penyampaian sangat mantap, lirik lagu dapat di hayati dengan sebaiknya. 

Sofa & Marwah
Lagu: Amaluddin
Lirik: Alif Lam Ra 

Lagu ini juga mengingatkan kita tentang sejarah pengorbanan yang di lakukan oleh mereka iaitu tentang Nabi Ibrahim, Siti Hajar & anaknya Nabi Ismail, banyak pengajaran yang boleh kita ambil dari cerita ini. Dari segi penyampaian sangat terbaik, lagu & lirik dapat di hayati dengan sebaiknya. Lagu ini juga pernah di nyanyikan oleh kumpulan Nada Murni.

Haji Rukun Islam Ke 5
Lagu/Lirik: Nazrey Johani

Lagu ini mengingatkan kita tentang persediaan kita sebelum berangkat ke tanah suci Mekah untuk menunaikan ibadah haji, segalanya perlu di buat bagi mengelakkan tiada sebarang kejadian tak diingini berlaku. Lagu ini juga pernah di nyanyikan oleh kumpulan Nada Murni suatu ketika dul. Dari segi penyampaian sangat mantap, lagu & lirik dapat di hayati dengan sebaiknya. 

Peristiwa Padang Arafah
Lagu: Nazrey Johani
Lirik: Alif Lam Ra

Sebuah lagu yang mengingatkan kita tentang sejarah Adam dan Hawa yang mesti kita ketahuinya. Banyak dugaan yang di laluinya sehinggakan mereka dapat bertemu kembali di Padang Arafah setelah berpisah selama 40 tahun. Dari segi penyampaian sangat mantap, lagu serta lirik dapat di hayati dengan sebaiknya. Lagu ini juga pernah di nyanyikan oleh kumpulan Nada Murni.

Ucapan: 

Tahniah di ucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan rakaman album ini, teruskan perjuangan hingga ke akhir hayat, amin ya Allah.
Share:

0 komen:

Dengarkan

Nasyid Sekarang
Memuat Turun ...

Nasyid Tersiar

Loading ...

Visitor

Contact

For more information please e-mail nasyidfm.iradio(a)gmail.com

Pengikut