• Samad Said - Janda Setinggan

    Katanya: Derita itu aku. Dirinya cemas diterjah usia dalam kabus belasungkawa, dia tergigau hampir seminggu diancam lipan, angin dan debu yang sama. Desa bahagia, derita.

  • Samad Said - Nikmat

    Segala yang dihasrat, tapi tak didapat adalah nikmat yang paling padat.

  • Samad Said - Ombak

    Ombak yang menjamah kakiku sekali takkan dapat kukenali lagi..

  • Samad Said - Bahasa Terindah

    Sesudah demikian lama dicintai, sukarlah dilupakan. Inti pengalaman, kepedihan; akar kerinduan keresahan… Memang begitu banyak diperlukan kekuatan, kepangkalan batin, rakit ditambatkan bara kenangan dikuatkan .

  • Samad Said - Tetamu Senja

    Kita datang ini satu roh satu jasad, Bila pulang nanti bawa bakti padat berkat, Kita datang ini satu roh satu jasad Bila pulang nanti bawa bakti padat berkat .

Pages

Ulasan Nasyid - Iman &:Amal Oleh Zaidan


Tajuk: Iman & Amal 
Artis: Zaidan 
Tahun: 2024
Lagu: Daqmie 
Lirik: Jart Hassan 

Ulasan 

Sepertimana yang kita ketahui kumpulan Zaidan pernah menerbitkan single pertama mereka yang berjudul Selalunya & di muatkan dalam album kompilasi 12 Cinta sekitar tahun 2011, kali ini mereka terbitkan single terbaru berjudul Iman & Amal.

Lirik nasyid ini mengisahkan tentang perjuangan dakwah dan pengorbanan tanpa henti umat akhir zaman bagi meneruskan legasi para nabi untuk membawa manusia mendekati Allah swt. Ia menegaskan tuntutan mujahadah diri dengan mengorbankan harta dan nyawa, didorong oleh kesedaran tentang kehidupan akhirat yang kekal abadi. Fokus utama lirik ini adalah pada usaha dakwah tabligh yang berterusan, bertujuan melahirkan Khaira Ummah demi mencapai keredhaan Allah dan syurgaNya.

Dari segi penyampaian pada lagu ini sangat mantap sekali, lirik dapat di hayati dengan sebaiknya.

Ucapan: 

Tahniah kepada semua yang terlibat dalam menjayakan rakaman lagu ini, teruskan perjuangan hingga ke akhir hayat, amin ya Allah.

Tonton video ini di channel YouTube.

https://youtu.be/fSiqjbvRjQ4?si=PqlSz5tMAArKNLa1
Share:

Ulasan Nasyid - Darjat Oleh Zawfan


Tajuk: Darjat 
Artis: ZAWFAN 
Tahun: 2026
Lagu: Roziman Anggas 
Lirik: Roziman Anggas & Yasir Tarmizi 

Ulasan: 

Sepertimana yang kita ketahui bahawa industri nasyid telah banyak menerbitkan lagu2 baru sebagai hiburan kepada pendengar yang setia dengan irama nasyid juga menantikan karya2 terbaru baik dari artis berkumpulan atau artis solo. 

Kali ini akan di ulas satu lagu terbaru dari kumpulan Zawfan yang berjudul Darjat, lagu ini berkenaan dengan seorang hamba yang hidupnya tersasar serta bergelumang dengan dosa, dia cuba mencari jalan keluar dengan memohon keampunan dari Allah agar di ampunkan segala dosanya yang lalu.

Dari segi lirik sangat terbaik, melodi pada lagu ini juga sangat mantap serta di di serikan dengan muzik yang menggunakan alat perkusi sepenuhnya, boleh di katakan lagu ini membawa kita kepada nostalgia nasyid zaman dulu seperti di zaman Nada Murni, The Zikr & sebagainya.

Ucapan: 

Tahniah di ucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan rakaman lagu ini, teruskan perjuangan hingga ke akhir hayat, amin ya Allah.

Tonton video official ini di channel YouTube

https://youtu.be/uM1M0mbQhI4?si=cXmGQX7jpjG7UA9W
Share:

Ulasan Nasyid - Kekasih Yang Dikasih Oleh Fathi Saleem


Tajuk: Kekasih Yang Dikasih
Artis: Fathi Saleem 
Tahun: 2024
Lagu/Lirik: Faizal Hijjaz 

Ulasan 

Lagu ke 2 dari Fathi Saleem berkenaan dengan cinta & kasih kita kepada baginda Rasulullah SAW yang kita rindui selama ini, banyak pengorbanan yang di lakukan demi umatnya, kita hendaklah sentiasa mengingatinya dengan berselawat tanpa henti. Dati segi penyampaian dalam lagu ini semakin menyerlah bakat yang di miliki oleh beliau dalam bidang seni suara, lagu & lirik sangat menyentuh hati serta perasaan bila di hayati dengan sebaiknya. Secara keseluruhannya tidak pernah mengecewakan.

Ucapan: 

Tahniah di ucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan rakaman lagu ini, teruskan perjuangan hingga ke akhir hayat, amin ya Allah.

Tonton video ini di channel YouTube 

https://youtu.be/loX7TTn0gU4?si=cwCjF7PjKqlu4Vuu
Share:

Ulasan Nasyid - Kembalilah Oleh Fathi Saleem


Tajuk: Kembalilah 
Artis: Fathi Saleem 
Tahun 2023 
Lagu/Lirik: Faizal Hijjaz 

Info: 

Fathi Saleem merupakan anak kepada salah seorang ahli kumpulan Hijjaz iaitu saudara Faizal, bakatnya cukup luar biasa, ini adalah single pertama beliau.

Ulasan: 

Lagu ini berkenaan dengan seorang insan yang lalai & alpa hingga terlupa jalan hingga tersesat tanpa arah tujuan, namun akhirnya dia dia segera memohon kepada Allah agar di tunjukkan jalan yang benar untuk kembali kepadaNya, dalam lirik lagu ini memberi pengajaran kepada kita semua agar sentiasa berwaspada dengan apa yang kita lakukan & sentiasa beringat. Dari segi penyampaian dalam lagu ini sangat mendalam maksudnya, lagu & lirik sangat mantap. Secara keseluruhannya tidak pernah mengecewakan.

Ucapan: 

Tahniah di ucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan rakaman lagu ini, teruskan perjuangan hingga ke akhir hayat, amin ya Allah 

Tonton video ini di channel YouTube 

https://youtu.be/rczfC0ySQUM?si=szqgpaRVPgV3XVhM
Share:

Ulasan Nasyid - My Love Oleh UNIC


Tajuk: My Love 
Artis: UNIC 
Tahun: 2024
Lagu: Original By Westlife 
Lirik: Bazli UNIC & Myra Mansorz 

Ulasan: 

Lagu ini asalnya di nyanyikan dalam bahasa Inggeris oleh kumpulan Westlife, namun UNIC berjaya membuat perubahan menerusi lirik dalam bahasa Melayu yang mana dalam lirik tersebut menceritakan tentang cinta & rindu kita kepada Rasulullah SAW, biar pun nampak bersahaja dalam menyampaikan lagu ini namun hasilnya tetap mantap, liriknya pun terbaik & dapat di hayati dengan sebaiknya. Secara keseluruhannya tidak pernah mengecewakan.

Ucapan: 

Tahniah di ucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan rakaman lagu ini, teruskan perjuangan hingga ke akhir hayat, amin ya Allah.

Tonton video ini di channel YouTube 

https://youtu.be/22kfeBplG1U?si=5-tlRv_obkvKImw-
Share:

Dengarkan

Nasyid Sekarang
Memuat Turun ...

Nasyid Tersiar

Loading ...

Visitor

Contact

For more information please e-mail nasyidfm.iradio(a)gmail.com

Pengikut