Sekapor sireh

Assalamualaikum wa rahmatullahi wa barakatuh.

Nasheedfm merupakan sebuah radio komuniti yang ditubuhkan atas dasar sukarela dan tidak sama sekali berasaskan keuntungan. Radio nasheedfm kuga dibangunkan oleh para sukarelawan yang ingin melihat irama nasyid terus segar dan tular dalam kalangan remaja. Kos pelayan dan pengurusan ditanggung sepenuhnya oleh para sukarelawan ini. Kami tidak mengambil royalti dari mana-mana pihak dan begitu jugalah sebaliknya. Moga Irama nasyid terus segar sebagai hiburan dan dakwah untuk mendidik jiwa. Moga Allah redha. Amiin