• Samad Said - Janda Setinggan

    Katanya: Derita itu aku. Dirinya cemas diterjah usia dalam kabus belasungkawa, dia tergigau hampir seminggu diancam lipan, angin dan debu yang sama. Desa bahagia, derita.

  • Samad Said - Nikmat

    Segala yang dihasrat, tapi tak didapat adalah nikmat yang paling padat.

  • Samad Said - Ombak

    Ombak yang menjamah kakiku sekali takkan dapat kukenali lagi..

  • Samad Said - Bahasa Terindah

    Sesudah demikian lama dicintai, sukarlah dilupakan. Inti pengalaman, kepedihan; akar kerinduan keresahan… Memang begitu banyak diperlukan kekuatan, kepangkalan batin, rakit ditambatkan bara kenangan dikuatkan .

  • Samad Said - Tetamu Senja

    Kita datang ini satu roh satu jasad, Bila pulang nanti bawa bakti padat berkat, Kita datang ini satu roh satu jasad Bila pulang nanti bawa bakti padat berkat .

Pages

Ulasan Nasyid - My Love Oleh UNIC


Tajuk: My Love 
Artis: UNIC 
Tahun: 2024
Lagu: Original By Westlife 
Lirik: Bazli UNIC & Myra Mansorz 

Ulasan: 

Lagu ini asalnya di nyanyikan dalam bahasa Inggeris oleh kumpulan Westlife, namun UNIC berjaya membuat perubahan menerusi lirik dalam bahasa Melayu yang mana dalam lirik tersebut menceritakan tentang cinta & rindu kita kepada Rasulullah SAW, biar pun nampak bersahaja dalam menyampaikan lagu ini namun hasilnya tetap mantap, liriknya pun terbaik & dapat di hayati dengan sebaiknya. Secara keseluruhannya tidak pernah mengecewakan.

Ucapan: 

Tahniah di ucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan rakaman lagu ini, teruskan perjuangan hingga ke akhir hayat, amin ya Allah.

Tonton video ini di channel YouTube 

https://youtu.be/22kfeBplG1U?si=5-tlRv_obkvKImw-
Share:

Ulasan Nasyid - Perjalanan Oleh Putra Aiman & Haikal Iman


Tajuk: Perjalanan 
Artis: Putra Aiman & Haikal Iman 
Lagu: Munif Hijjaz 
Lirik: Ahmad Fedtri Yahya 
Tahun: 2024

Info: 

Siapa yang tak kenal dengan lagenda nasyid tanah air & merupakan vokalis dalam kumpulan Hijjaz iaitu saudara Munif Ahmad yang bakatnya memang tidak asing lagi dalam bidang seni suara serta banyak menghasilkan karya2 nasyid yang menyegarkan. Bakat tersebut di sambung oleh 2 anaknya iaitu Putra Aiman & Haikal Iman menerusi lagu Perjalanan.

Ulasan: 

Lagu Perjalanan ini berkenaan dengan perjuangan manusia dalam meneruskan kehidupan seharian tanpa henti, kita sentiasa mengharapkan agar perjalanan ini tidak terhenti begitu sahaja, ia perlu di teruskan tanpa berputus asa. Dari segi penyampaian sangat terserlah bakat 2 beradik ini, lagu & lirik dapat di hayati dengan sebaiknya. Secara keseluruhannya tidak pernah mengecewakan.

Ucapan: 

Tahniah kepada semua yang terlibat dalam menjayakan rakaman lagu ini, teruskan perjuangan hingga ke akhir hayat,amin ya Allah 

Tonton video ini di channel YouTube 

https://youtu.be/_UpQcLv8SX8?si=0gYhChcUhOdINopH
Share:

Ulasan Nasyid - Abu Ubaidah Oleh Darwish


Tajuk: Abu Ubaidah 
Artis: Darwish 
Tahun: 2024
Lagu/Lirik: Faiz Darwish 

Ulasan: 

Lagu ini menceritakan tentang seorang pejuang yang ingin mempertahankan bumi Anbiya' iaitu Gaza daripada musuh Islam, sama2 kita doakan moga Allah sentiasa melindunginya. Dari segi lirik sangat terbaik, lagunya pun hebat juga & dari segi penyampaian secara keseluruhan tidak pernah mengecewakan.

Ucapan: 

Tahniah di ucapkan pada semua di atas kejayaan rakaman lagu ini, teruskan perjuangan hingga ke akhir hayat, amin ya Allah....

Tonton video lirik lagu ini di channel YouTube

https://youtu.be/pAgan73BbKw?si=u8Jv1B7QO2e7bAib
Share:

Dengarkan

Nasyid Sekarang
Memuat Turun ...

Nasyid Tersiar

Loading ...

Visitor

Contact

For more information please e-mail nasyidfm.iradio(a)gmail.com

Pengikut