Menu

Karnival Untuk Mu Rasulullah

Selama 2 Hari 2 Malam
Pada : 29 & 30 September 2018
Bermula dari jam : 9 pagi hingga 12malam

Bertempat di
Pusat Kecemerlangan As-Syafie (PAKSY)
Lubuk Meriam, Tasek Gelugor, Seberang Perai Utara

Anjuran
Pusat Tarbiyyah Unais

Penaja Utama
Al-Haddad Manufacturing Sdn. Bhd.
Tamar Cocoa “Go”

Apa yang menariknya ?
Subhanalllah…
Pelbagai program telah disusun bertemakan ”Untuk Mu Rasulullah SAW ~ Kerana Baginda Kekasih Allah SWT”

1) Seminar menyelusuri Sirah Rasulullah SAW
bersama *Ustaz Nazmi Karim*

2) Kuliah Wasiat Rasulullah SAW untuk kita Ummat Baginda SAW di akhir zaman bersama *Ustaz Au’ni Mohamad*

3) Konsert Untuk Mu Rasulullah SAW bersama barisan artis dan asatizah mempersembahkan nasyeed, puisi dan teater. Semestinya bersama lagenda nasyid Malaysia Hijjaz, Hafiz Hamidun, Ustaz Hasnul Jamal Sulaiman, pemuzik Along Exists, selebriti media sosial Kokom, pelakon hebat Abg Nasirbilan Khan*dan ramai lagi…

4) Pertandingan menulis khat “Selawat”. Terbuka untuk semua karyawan. *Hadiah wang tunai RM1,000* untuk Johan menanti anda tajaan Galeri Khat Laguna oleh Ustaz ZuHud Ulya.

5) Pertandingan bercerita Sirah Rasulullah SAW terbuka untuk pelajar sekolah rendah tahun 1 hingga tahun 3. Agar anak-anak generasi muda kita tahu akan kisah perjuangan Rasulullah SAW bersama Para Sahabat.

6) Jom bawa Suami / Isteri anda ke Siri Motivasi Pasangan Bahagia dengan tajuk ”Romantiknya Rasulullah SAW” bersama pakar motivasi Ustaz Solhi Sharif dari UWAIS Followership Academy.

Dan banyak lagi program yang terbaik InsyaAllah
(Sila rujuk poster tentatif)

Apply cuti siap-siap. Save the date. Luangkan masa, bawa bersama ahli keluarga dan sahabat-sahabat anda. Menghayati sirah perjuangan dan pengorbanan Rasulullah SAW. Kenalkan dan jadikan Rasulullah SAW sebagai idola anak-anak dan keluarga kita. Kerana susah payah, airmata dan darah Baginda SAW dan para Sahabat r.anhum, kita dapat menikmati iman dan Islam.

Masuk percuma. Tiada sebarang bayaran tiket dikenakan. Dan anda berpeluang untuk memenangi hadiah cabutan bertuah pakej menunaikan umrah 2019 tajaan Jauhar Asia Vacations.

Untuk para usahawan / jabatan kerjaaan / korporat yang ingin turut serta, *booth pameran dan jualan disediakan*. Lot terhad. Siapa cepat, dia dapat. Harga pakej untuk 2 hari 2 malam. Hubungi segera sebelum terlambat :
014-246 0734 (En. Asyraff)

Semoga dengan penganjuran program ”Dakwah Unlimited” ini dapat membawa Ummah lebih dekat mengenali Rasulullah SAW, menyintai dan mengikuti Sunnah Baginda SAW. Sesungguhnya kita Ummatnya, yang pasti akan mengharapkan Syafaat Baginda SAW kelak nanti di akhirat. Allahumma Aamiin.

InsyaAllah, kita jumpa nanti ya
Jangan lupa bawa kamera, ambil gambar cantik-cantik…

Team “Untuk Mu Rasulullah”
——————————
Al-Haddad Manufacturing Sdn. Bhd.
Pusat Tarbiyyah Unais
Pusat Kecemerlangan As-Syafie
TSK Target SDN BHD
MHH Laguna Printing,SP
Jauhar Asia Vacations
Galeri khat Laguna Sungai Petani
Unais Mediaworks
Cocombee Studio
TMP Studio
IGX Production
Calipha Channel
Abu Khadijah Studio
Uwais Corporation
Ar-Rahman TV
Nasheed FM
Mindscape

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *